Friday, March 30, 2012

Rancangan Islam Agamaku IKIM 91.5 pada 29 Mac 2012



Rancangan Islam Agamaku ke udara di Radio IKIM 91.5FM setiap Khamis tatkala aku memandu pulang ke rumah dari tempat kerja.

Tetamu kali ini adalah Puan Samirah bt Abdullah@ Gita Abdullah, saudara baru berbangsa Hindu.
Cerita Puan Samirah bermula apabila beliau seringkali mendengar suara orang mengaji dengan begitu gemersik di awal pagi.

Suara tersebut seolah-olah mendorongnya untuk mendengar lagi bacaan tersebut. Beliau kerap mendengar alunan tersebut lebih kurang 3 bulan sebelum mengambil keputusan besar dalam hidupnya untuk memeluk Islam.

Apabila disuarakan hasrat terhadap suaminya, si suami menentang hajat beliau. Si isteri nekad dan rela diceraikan bagi membolehkannya memeluk Islam. Hebatnya hidayah Mu.

Suami membantah hasrat beliau dengan tidak pulang ke rumah lebih kurang 3 hari. Suami mengugut untuk membakar si isteri. Namun Puan Samirah kuatkan semangat untuk memeluk Islam dengan ditemani seorang rakan di PERKIM.

Sebaik sahaja mengucap 2 kalimah syahadah Puan Samirah begitu bersyukur dan terus mengenakan tudung yang dihadiahkan oleh rakannya. Maha Suci Allah! Allahu Akbar!

Si suami menelefon untuk berjumpa dan berbincang mengenai masalah mereka. Namun Puan Samirah memaklumkan beliau telah pun memeluk Islam. Si isteri takut si suami akan marah dengan tindakannya. Apa yang mampu dilakukan hanya berdoa kepada Allah.

Si suami menunggu beliau di sebuah stesen bas berdekatan Jusco. Apabila si isteri tiba di stesen bas,
si isteri berdiri bersebelahan suaminya tanpa disedari si suami. Lebih kurang 20 minit disitu si suami masih tidak perasan kehadiran isteri tersayang. Rupanya si suami tidak mengenali isterinya yang telah memakai tudung dan menutup aurat.

Si suami mengajak si isteri untuk pulang ke rumah dengan menaiki motor. Namun si isteri menolak dan lebih selesa untuk berjalan kaki. Apabila pulang ke rumah si suami menangis kerana isteri kesayangannya telah memeluk Islam. Si isteri kaget kerana disangkakan suami akan memarahinya. Allah Maha Berkuasa atas segalanya.


Keluarga Puan Samirah telah mengambil maklum penghijrahan Puan Samirah daripada suaminya. Keluarga beliau terkejut dan marah. Kebetulan kenduri akan di adakan dan Puan Samirah diminta pulang untuk bertemu jiran/sanak saudara. Si kakak telah memaklumkan agar si adik tidak memakai tudung dan memakai baju kurung ataupun baju lengan panjang bagi mengelakkan jiran/sanak saudara mengetahui mengenai penhijrahan tersebut.Beliau hanya mampu berdoa semoga segalanya dipermudahkanNya. Beliau terus bertegas untuk memakai tudung dan berpakaian sopan.

Namun Allah Maha Kuasa, sewaktu beliau hampir tiba di kampungnya..hujan turun dengan lebatnya dan Puan Samirah telah mengenakan tuala bagi menutup kepala dan auratnya. MasyaAllah.
Semoga aku setabah itu wahai Tuhanku.

Si isteri telah merujuk kepada ustaz mengenai status perkahwinannya. Ustaz memaklumkan tempoh idah adalah 3 kali suci. Mereka akhirnya bercerai namun si suami masih sudi menghantar bekas isteri kesayangannya yang beragama Islam untuk belajar di PERKIM sehingga kini. Semoga si suami diberi hidayah satu hari nanti.

Puan Samirah juga dikhabarkan akan menunaikan umrah dalam masa terdekat. Semoga beliau diberi kekuatan untuk menempuh dugaan hidup.

Aku menangis sepanjang perjalanan sehingga ke rumah. Kerdilnya terasa diri ini walaupun beragama Islam namun kadangkala 'aku jatuh'.




Yang benar,
Kisah ini digarap dari RADIO IKIM dan ditulis sebaik sahaja tiba dirumah sambil sambung mendengar kisah Puan Samirah.

Thursday, March 29, 2012

ME Movie of the Mac 2012



Starring by Mat Damon and Emily Blunt...

I love her accent and acting..


I just bought this DVDs...weeee...cant wait this weekend, most of them starring by my fav actress:
One for the Money (2012) - starring by Katherine Heigl
Young Adult ( 2011)- starring by Charlize Theron
Midnight in Paris (2011) - starring by Rachel McAdams
Confessions of Shopaholic (2009) - starring by Isla Fisher **i lost the 1st DVD and bought the 2nd DVDs
One Day (2011) - starring by Anne Hathaway

Actually all of them are my fav actress..wink wink...


Yang benar,
Tak sabar nak nonton movie baru beli


Tuesday, March 27, 2012

Berbaik sangka


Sahabatku yang baik hatinya,
Bersabarlah dengan orang yang berperasangka buruk kepada mu.
Jika engkau teliti memperhatikan, dari semua usha perendahannya terhadap mu,
adalah kerana ketidak-bahagiaannya atas kehidupannya sendiri.

Dia merasa kehidupan ini tidak adil kerana,
engkau menikmati hidup mu, sedangkan dia membenci hidupnya.
Maka agak wajarlah jika dia melampiaskan kemarahannya terhadap mu,
yang seolah olah dia dianak-tirikan oleh kehidupan.

Tapi engkau mengerti, bahwa doa adalah obat bagi semua penyakit hati.
Maka sediakanlah waktu dan berdoalah baginya untuk mengerti dan menyembuhkan.
Bahwa kebaikan hidup dibangun melalui usha yang baik,
bukan dengan kemarahan dan dendam terhadap kehidupan.

Semua jiwa berhak bagi kehidupan yang baik.
Jika kita bersabar, setiap orang akan sampai, yang baik akan mulia,
yang dulunya pembenci akan menjadi penyayang.

Yang benar,
Adaptasi email

Wednesday, March 21, 2012

C.I.N.T.A


Cinta adalah madu kehidupan, akan cepat berubah menjadi racun,
jika tercampur dengan ketidak-setiaan.
Tidak akan kau capai kedamaian dalam cinta mu,
jika satu saja dari mu tidak berlaku setia kepada yang lain.
Cinta mengharuskan kesetiaan, kesetiaan memerlukan cinta.
Sesungguhnya orang yang tidak setia, tidak akan mampu mencintai.

Rasa dicintai menjadikan kita kuat, dan rasa mencintai menjadikan kita berani.
Rasa dicintai membuat kita ikhlas menggunakan apa pun
kemampuan yang ada pada diri kita,
untuk menjadi sebaik yang diharapkan oleh mereka yang mencintai kita.
Rasa mencintai membuat kita berfokus pada yang bisa kita lakukan,
bukan kepada halangan yang membatasi keberanian.


Maka pastikanlah orang yang anda cintai, kekasih, suami, isteri,
atau anak-anak anda,
mengetahui kedalaman kasih sayang anda kepada mereka,
agar mereka menjadi peribadi penyayang yang menghebatkan diri mereka.
Dikuatkan oleh cinta dari keluarga, dan diberanikan oleh cinta mereka kepada keluarga.


Yang benar,
Nukilan dari email

Monday, March 19, 2012

Kalendar 2013 dan Cuti Umum Malaysia 2013

Rujukan kalendar utk merancang Cuti-Cuti Malaysia/Luar Negara



Mungkin ada perubahan cuti memandangkan kalendar 2013 belum dicetak lagi....
Sekian melaporkan..roger n out!


Yang benar,
Ninaz

Peringatan utk diri sendiri.....

Sahabat sahabat yang baik hatinya, mengapa kita diwajibkan solat?
Allah itu maha penyayang, itu sebabnya yang baik bagi kita adalah diwajibkannya.
Walaupun Allah memberikan kita kebebasan untuk memilih,
sesungguhnya Allah lebih berpihak kepada pilihan baik kita.

 Itu sebabnya bagi kebaikan disediakan hadiah kedamaian,
kenikmatan, keindahan dan diakhirat dianugerahkan syurga.
Itu sebabnya bagi keburukan disediakan kegelisahan,
ketakutan dan penderitaan yang berterusan yaitu neraka.
Itu semua diniatkan agar kita lebih memilih kebaikan daripada keburukan.

Dalam solat kita itu adalah untuk kebaikan kita.
Lebih baik memaksa diri kita bersolat daripada mengeluh.
Jika kita boleh melihat perlindungan Allah kepada jiwa yang bersolat,
kita akan selalu bersolat dalam kepatuhan jiwa dan raga.

Yang benar,
Ninaz

Wednesday, March 14, 2012

Unexpected Labuan Trip....wohooooo

Labuan? Dah lama rasanya tak ke sini...Adalah dekat-dekat 5 tahun gamaknya..I miss so much about labuan? What is i missed the most? Chocolate of course...Coklat kat KL pun melambak kan...tapi ntahlah feel membeli coklat kat labuan agak berbeza berbanding beli kat KL...Coklat di Labuan murah seperti di Langkawi....

Kebetulan aku perlu ke Labuan kerana meeting...Semuanya agak last minute...Tiket baru dapat, hotel tak booking lagi..semua main gamble jer....Nasib baik miting mula petang, sempatlah prepare dulu apa yang patut....

Lepas miting, kami pun mula menapak kaki ke hotel. Penat g miting pun tak abis lagi...Kalaulah kaki nie boleh bersuara, mesti dia  bersuara"Awat tuan aku nie asyik merayap ajoo...tak reti2 nak rehat"....Ehehehehe, Labuan kan kecik jer, satu hari dah boleh pusing satu pulau. Aku cadang nak menginap kat Hotel Sara....

Mengikut wikipedia:
Wilayah Persekutuan Labuan merupakan Wilayah Persekutuan kedua Malaysia. Ia merangkumi keseluruhan pulau Labuan yang mempunyai keluasan 98 km2. Pulau Labuan terletak sekitar 10 km dari pantai Sabah, 2 1/2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur, dan lima minit perjalanan bot ke Pulau Papan. Pulau Labuan telah diisytiharkan sebagai pusat kewangan luar pantai (offshore financial centre) pada 1990 dan pelabuhan bebas cukai sejak 1956.

Alamak Hotel Sara penuh la pulak...Pemilihan Hotel Sara adalah kerana kedudukan kedai makan yang bersebelahan.....Senang nak menapak dan memenuhkan perut. Namun apakan daya, Hotel Victoria terpaksa menjadi pilihan...Malas nak mencari hotel lain sebab kebanyakannya penuh. Hotel ini penuh keunikan (sebenarnya aku takut tengok luar hotel tu...scary sket), aku tawakkal jelah..Room rate RM90 semalam (without breakfast).

Jeng...jeng jengggg....pintu masuk lift..unik kan...

perlu dibuka utk masuk lift.....aku jadi jakunn

kemudian tarik pintu dan tutup....lift akan bergerak

Malamnye kami menyewa teksi ke Anjung Ketam. Tambang teksi RM12 - RM 15. Sampai sana, semua makanan telah tersedia untuk diterkammmm....Makanan dah sejuk la sket...Tapi sebab tak mau menunggu lama lebih baik call dulu...Kami berjaya membelasah sekumpulan seafood sehingga kenyang. Ehehehe. Orang nak belanja kan layan jelah.....
deretan seafoods...

butter mr crabs..

butter prawn...

ikan putih...ikan mmg mahal berbanding yg lain

chillies crabs

L.I.C.I.N kan

Inilah kedainya..view tepi pantai...cun

Esoknya ekspedisi mencari coklat dan arak bermula dengan jalan kaki sahaja.....opsssss. Arak mmg bersepah2 kat sini.....Masuk kedai coklat seumpama masuk kedai arak...Tadi tak der maknanya aku nak beli arak..giloss apaaa...
Aku hanya rambang mata nengok coklat....Kalau boleh semua nak dibelinya...NAFSU jaga-jaga tuu...




Dan ini hasil titik peluh pusing Labuan..berbaloi-baloi...

Kain silk from oversea murah kat sini..Ada 2 cawangan...Price negotiable...
Aku sempat beli sepasang corak abstrak...Tapi kain kat sini memang cantik..marbeles..
Cuma fulus tak banyak sgt....uhukkksss....

 
 AWAS...JANGAN MEROGOL DAN ETC...ehehehe


Lepas check out dan makan, aktiviti bergambar pun bermula...Flight jam 5 petang....Jadi kami lepak kat taman berdekatan Perbadanan Labuan. Redup dan sopoi2 bahasa je angin bertiup...

 
mee goreng sedap....tapi tak pedas langsung...lunch timee

telur goreng sedap...

bihun sedap cuma tak pedas.......

NO PELACUR..

WHY THE PRICE FISH VERY EXPENSIVE? hehehehe






Yang benar,
NINAZ



Thursday, March 8, 2012

I'm so glad to be @Taman Tasik Taiping, Perak

Aku amik cuti 2 hari untuk balik ke kampung, tapi perlu ke Labuan di saat-saat akhir...jadi aku batalkan cuti 1 hari ...nampaknya niat nak ke Taman Tasik Taiping masih kabur....

Selewat jam 4 petang aku bertolak pulang memasuk lebuhraya......Cuaca agak mendung dan sesekali diselangi dengan hujan gerimis dan lebat...Jam menunjukkan jam 5.00 petang dan kami telah melepas bukit merah, tiba-tiba, si suami bertanya;

S : Nak singgah Taman Tasik Taiping tak?

I : Hmmm, sempat ke singgah? Flight awal pagi esok..dah pukul 5 petang nie....

S : Boleh je singgah....

I : Nakkk.....(yahoooo...dalam hati)

Beliau segera memberi signal utk berhenti di tepi highway setelah di rasakan selamat untuk google. Carian agak mudah dengan teknologi di hujung jari anda...cheeewaaahhhh...

Kami segera memasuk exit Taiping/Changkat Jering....Selepas exit tol...ke kanan dan memasuki bandar taiping...ada signage yang memudahkan carian...
Sesudah sampai kat sana, aku ambil masa lebih kurang 15 minit untuk snap sana snap sini....Jadilah kan, niat aku tercapai walaupun tak lama dok lepak kat situ....Maybe next time boleh lepak lama-lama dan berkelah kot....

Terima kasih sayang sebab sudi datang ke sini....Kami tiba di rumah pada jam 10.00 dan hanya sempat menonton Merlin selewat 5 minit berakhir...Tak per Astro DIVA ada ulangan..

SubhanaAllah......cantik nyeee tempat nie...














Yang benar,
MERLIN 5 WILL RETURN...ehehehehe


Nuffnang

Kisah asam pedas Melaka dan Muar

 Alkisah, sejak pindah pejabat baru nie, sangatlah susah nak cuti. Sebelum cuti kena pastikan ada orang backup kerja dahulu, barulah boleh c...